Malaysia Ikuti Prosedur Antarabangsa Tidak Dedah Info SAR

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 11:50 PM

Affendi Buang.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia mematuhi prosedur standard penerbangan awam antarabangsa dengan tidak mendedahkan maklumat berhubung penyiasatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Mejar Jeneral Datuk Affendi Buang dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Beliau berkata Lampiran 13 kepada Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden pesawat Penerbangan Awam Antarabangsa menghalang kerajaan dari mendedahkan maklumat berhubung kehilangan Boeing 777-200ER itu. 

Kebanyakan syarikat penerbangan terikat dengan konvensyen itu, katanya pada taklimat rutin yang dihadiri oleh waris kepada penumpang warga China yang menaiki MH370, di sini pada Isnin. 

Waris-waris itu meminta kerajaan Malaysia dan badan penyiasat mendedahkan kepada umum maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang berjalan. 

Keluarga itu tidak dapat menerima hakikat bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Mereka mengemukakan persoalan berhubung fungsi peralatan kecemasan pesawat, Emergency Locator Transmitter (ELT), walaupun jurutera MAS telah berulang kali menjelaskan bahawa hanya satu daripada empat ELT itu boleh dimatikan secara manual, dan setiap satu memancarkan isyarat dengan sistem tersendiri. 

Terdahulu pada taklimat itu, seorang anggota keluarga memohon mendapatkan data satelit mengenai hubungan perbualan terakhir atau "hand-shake" pesawat daripada pengendali satelit Inmarsat, sekalipun jika hanya dibekalkan menerusi pemacu USB. 

Affendi berkata beliau akan merujuk permintaan itu kepada KL. 

Pengarah Komersil MAS, Dr Hugh Dunleavy bagaimanapun menegaskan bahawa maklumat SAR mengenai MH370 tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan selesai.

"Mereka mungkin mengambil masa untuk mengesan pesawat dan kotak hitamnya," ujar beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan