PM Turki Isytihar Kemenangan, Beri Amaran Kepada Pihak Mahu Jatuhkannya

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 2:41 PM

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan melambai kepada ribuan penyokongnya di ibu pejabat parti di Ankara. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ANKARA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan kemenangan partinya dalam pilihan raya tempatan pada Ahad dan memberi amaran kepada musuhnya untuk 'membayar harga' terhadap rancangan menjatuhkan beliau.

"Mereka yang menyerang Turki telah kecewa," kata Erdogan kepada ribuan orang ramai dan penyokongnya.

Beliau bercakap dari balkoni ibu pejabat parti itu di Ankara selepas berbulan-bulan berdepan pertempuran jalanan dan kawalan ketat Internet.

"Anda telah menyokong Perdana Menteri anda. Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga," kata Erdogan kepada orang ramai dengan suaranya yang masih serak selepas mengadakan marathon kempen pilihan raya.

Erdogan, 60, mengintai jawatan presiden pada pemilihan bulan Ogos yang mana pengundi buat kali pertama akan melantik ketua negara secara langsung dan ucapan kemenangannya kedengaran seperti permulaan kempen seterusnya.

"Anda telah melindungi perjuangan untuk kemerdekaan Turki yang baru," pemimpin sering dipanggil 'sultan' ini memberitahu pengikut-pengikutnya yang mengibarkan bendera sambil bersorak 'Turki berbangga dengan anda','Teruskan berdiri, jangan tunduk' dan 'Allah Maha Besar'.

Dengan 95 peratus undi yang telah dikira, Parti Pembangunan dan Keadilan Turki (AKP) Erdogan mendahului pesaing-pesaingnya pada 45 peratus undi dengan parti pembangkang Parti Rakyat Republikan (CHP) pada 28.5 peratus.

AKP kelihatan menuju kemenangan yang besar di seluruh negara, termasuk di Istanbul bandar terbesar dan ibu negara Ankara.

Tetapi di Ankara pembangkang utama berkata bahawa undi telah ditutup.

Satu keputusan yang muktamad tentang jumlah undi di sedang ditunggu-tunggu di ibu negara yang mana kiraan masih lagi dijalankan di beberapa daerah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan