Lokasi Tumpuan Dunia Bergelap Tanda Sokongan Kempen Earth Hour

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 10:31 AM

Bangunan Empire State di New York selepas digelapkan dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam waktu tempatan bagi menyokong kempen Earth Hour 2014. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Lambang ikonik di seluruh dunia pada Sabtu telah digelapkan apabila kesemua lampu di beribu-ribu tempat dipadam sebagai sebahagian daripada Kempen alam sekitar peringkat global.

Bangunan Empire State New York, Acropolis di Athens, tugu Christ the Redeemer di Rio dan Opera House di Sydney adalah antara lokasi tumpuan pelancong yang digelapkan selama 60 minit pada pukul 8.30 malam waktu tempatan bagi kempen tahunan Earth Hour.

Bangunan 200 tingkat Burj Khalifa Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia juga menyertai kempen itu yang merangkumi penglibatan kira-kira 7,000 bandaraya dan bandar di 150 negara.

Di New York, papan billboard Times Square yang berkelip turut gelap bersama-sama dengan bangunan Empire State.

Bangunan-bangunan persendirian di Manhattan, sebuah kawasan terkenal yang jarang-jarang 'sunyi' dan tidak pernah tidur turut mengambil bahagian.

Di Vatican, sebelum Basilica di St Peter digelapkan, puluhan orang bersorak menghitung detik, termasuk sekumpulan kanak-kanak yang berpakaian Spider- Man, superhero pertama yang dilantik sebagai duta kempen.

Inisiatif yang berpangkalan di Singapura itu oleh kumpulan pemuliharaan WWF dirangsang oleh pengaruh bintang Hollywood, dengan bintang-bintang  terkenal 'The Amazing Spider- Man 2' Andrew Garfield, Emma Stone dan Jamie Foxx menghangatkan acara yang berlangsung  di Marina Bay.

Di Paris, 'Spider-Man mini' yang berusia sembilan tahun melakukan penghormatan di Menara Eiffel.

Walau bagaimanapun, disebabkan menara yang melambangkan City of Light itu masih dibuka kepada pelawat, lampu-lampunya yang menakjubkan telah dipadam hanya lima minit atas sebab-sebab keselamatan.

Earth Hour yang dilancarkan di Sydney pada tahun 2007 adalah hasil kerjasama dengan syarikat gergasi pembayaran PayPal untuk membolehkan penderma menyumbang kepada projek-projek tertentu dari Rusia dan India ke Kanada dan Indonesia menggunakan laman pengumpulan dana Asia, Crowdonomic.

Ketua eksekutif Earth Hour Andy Ridley berkata, acara itu telah mendapat sambutan dan sokongan padu di luar jangkaan.

"Kami melihat beberapa hasil yang sangat besar," katanya kepada AFP.
Tags / Kata Kunci: Earth Hour , global , new york , Paris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan