K'jaan Filipina-Bangsamoro Tandatangani Pelaksanaan Perjanjian Damai

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 1:37 PM

Presiden Benigno Aquino (kanan) beramah mesra dengan pemimpin Barisan Pembebasan Bangsamoro (MILF) Murad Ebrahim ketika beliau berkunjung ke wilayah Sultan Kudarat, Pulau Mindanao Februari lalu. Kedua-dua belah pihak pada Khamis, 27 Mac 2014 menandatangani perjanjian pelaksanaan pelan damai yang bakal menyaksikan masyarakat Melayu Filipina berpeluang melaksanakan pemerintahan sendiri mulai 2016.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Hari ini, Khamis akan menyaksikan satu titik bersejarah dan permulaan baru bagi kumpulan masyarakat Islam terbesar di Filipina apabila mereka menandatangani perjanjian pelaksanaan misi damai dengan kerajaan pusat yang selama empat dekad ini telah mengekang mereka daripada kemajuan dan hidup di dalam kemiskinan akibat konflik yang tiada kesudahan.

Perjanjian di antara Barisan Kebebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan pusat pimpinan Presiden Benigno Aquino akan memberikan kuasa berkerajaan sendiri dengan kuasa-kuasa autonomi berkuatkuasa mulai 2016.

"Bangsamoro telah melalui kehidupan yang susah kerana kami dalam keadaan yang berperang dengan kerajaan pusat. Hari ini semua itu akan berakhir," kata Naib Pengerusi MILF, Ghazali Jaafar kepada agensi berita AFP.

Masyarakat Melayu di Pulau Mindanao telah berjuang untuk kemerdekaan atau pemerintahan sendiri secara berasingan daripada kerajaan pusat yang diterajui oleh masyarakat Kristian sejak 1970an lagi.

Konflik yang berpanjangan ini telah menjadikan wilayah tersebut sebagai yang paling mundur dan termiskin di Filipina dengan hulubalang-hulubalang Islam dan Kristian menguasai kawasan-kawasan tertentu sehingga menjadikan pentadbiran secara tersusun dan teratur begitu sukar sekali.

Oleh kerana Filipina adalah sebuah negara kepulauan, kerajaan pusat yang berada di Pulau Luzon di utara sukar untuk mengawal aktiviti dan konflik yang terjadi di selatan negara itu.

Situasi tanpa undang-undang di selatan turut mengalakkan pertumbuhan kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.

MILF, dengan kekuatan 10,000 anggota adalah merupakan kumpulan pemisah yang terbesar di Mindanao, dan Presiden Aquino percaya, penyelesaian politik akan dapat membebaskan wilayah tersebut daripada konflik.

Perjanjian damai ini juga berjaya dilaksanakan atas inisiatif Malaysia sebagai 'orang tengah'. Beberapa siri rundingan sebelum ini telah berlangsung di Malaysia.

Menerusi pelaksanaan perjanjian damai ini, Aquino dan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim akan memastikan pelaksanaan pemerintahan sendiri Bangsamoro yang meliputi 10 peratus kawasan tertentu di Mindanao.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 juta warganegara yang beragama Islam di Filipinan yang rata-ratanya adalah bangsa Melayu yang lebih dikenali sebagai 'bangsamoro'.

Wilayah autonomi ini akan memiliki pasukan keselamatannya sendiri, parlimen sendiri dan kuasa untuk mengutip cukai manakala sumber asli yang diperolehi di wilayah berkenaan akan dikongsi secara bersama dengan kerajaan pusat.

Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa kerajaan baru autonomi yang akan dibentuk itu adalah sebuah kerajaan sekular.

Kerajaan pusat akan bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan dan pertahanan dalam negara, polisi luar negara, matawang dan kerakyatan.

Ini bermakna, bangsamoro akan tetap dikenali sebagai warganegara Filipina apabila mereka mengembara ke luar negara.

Bagaimanapun, ramai yang sangsi perjanjian damai ini mampu bertahan lama kerana persoalan yang seringkali dilontarkan ialah apakah yang akan terjadi apabila Aquino menamatkan penggal enam tahunnya sebagai presiden yang secara kebetulan berakhir pada tahun 2016 iaitu tahun di mana pelaksanaan kerajaan autonomi ini seharusnya berjalan.

Satu lagi kebimbangan ramai ialah perjanjian damai ini tidak bermakna puak militan yang lain yang berselerakan di pelbagai kepulauan kecil sekitar Mindanao akan mematuhi apa yang telah dicapai di antara kerajaan pusat dengan MILF.

Antara yang boleh merosakkan perjanjian damai ini ialah kumpulan serpihan yang dikenali sebagai Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro yang enggan terlibat dengan rundingan bersama kerajaan pusat.

Sejauh mana Murad Ebrahim mampu mengawal kumpulan ini masih menjadi tanda tanya.

Murad telah berjanji dengan pusat bahawa kumpulannya akan terus berkomunikasi dengan kumpulan serpihan ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan