Tanah Runtuh AS: Jumlah Kematian Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 11:06 AM

Pasukan penyelamat meneruskan usaha mengesan mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Snohomish County, AS.

(Ubah saiz teks)

ARLINGTON, AS: Petugas kecemasan menemui dua daripada lapan lagi mayat mangsa tanah runtuh yang menjadikan jumlah keseluruhan jumlah yang terkorban meningkat kepada 24 orang pada Rabu.

"Mengecewakan kerana kami gagal menemui walau seorang yang masih hidup," kata Ketua Daerah Snohomish County, Travis Hots selepas tiga hari tanah runtuh berlaku di barat laut Washington itu.

Bilangan mangsa yang belum ditemui dianggarkan seramai 176, tetapi ia mungkin termasuk mereka yang dikira sebanyak dua kali atau orang lain yang didakwa berada di lokasi itu.

Pada Isnin, jumlah kematian disahkan meningkat kepada 14 orang berikutan tanah runtuh yang turut dilaporkan berlaku di Oso.

Dalam kejadian itu, sebanyak 49 tempat tinggal penduduk tempatan dengan keluasan 2.5 kilometer persegi digenangi lumpur, pokok dan batu yang turut merosakkan lebuh raya.

Hots berkata, pasukan penyelamat sehingga kini masih berusaha mengesan mangsa yang masih hidup walaupun peluang semakin tipis.

"Kami telah hilang harapan dan ia menjadikan misi ini mustahil untuk mencari mereka yang masih hidup," jelasnya. 

Tags / Kata Kunci: Oso , Amerika Syarikat , Snohomish County

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan