Mesir: PBB Bantah Hukuman Mati Ke Atas 529 Pengikut Presiden Morsi

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 7:28 PM

Salah seorang ahli keluarga kepada penyokong Mohamed Morsi yang dihukum mati, pengsan sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang warga Mesir yang didapati bersalah kerana menyokong bekas presiden Mesir itu di Kaherah, pada Isnin, 24 Mac.

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Tindakan hukuman mati ke atas 529 pengikut bekas presiden, Mohamed Morsi adalah melanggar prinsip keadilan sejagat demikian bantahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa.

"Tidak pernah ada dalam sejarah hukuman mati secara besar-besaran dan beramai-ramai ini dilakukan dalam era moden hari ini.

"Ia adalah bertentangan dengan prosedur dan undang-undang hak asasi kemanusiaan sejagat," kata Rupert Coville, jurucakap kepada pesuruhjaya tinggi PBB mengenai hak asasi kemanusiaan.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Morsi , Mesir , PBB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan