Mahkamah Thai Isytihar Pilihan Raya 2 Februari Tidak Sah

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 6:26 PM

Pemprotes anti-kerajaan Thailand berehat sambil memberi makan ikan di sebuah tasik di taman Lumpini, dekat Bangkok, Jumaat. Mahkamah Perlembagaan Thailand mengisytiharkan pilihan raya umum 2 Februari sebagai tidak sah. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand mengisytiharkan pada Jumaat pilihan raya umum 2 Februari sebagai tidak sah, berkemungkinan memanjangkan lagi krisis politik selain penantian bagi pembentukan kerajaan baharu. 

Keputusan itu dianggap sebagai tamparan buat Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra memandangkan parti pimpinannya, Pheu Thai Party, dijangka memenangi pilihan raya yang masih belum selesai itu berikutan gangguan oleh penunjuk perasaan antikerajaan.

Mahkamah dalam keputusan majoriti 6-3 mengumumkan sekitar 12 tengah hari bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah disebabkan ia tidak diadakan pada hari sama di seluruh negara seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Satu lagi sebab ialah pilihan raya di 28 kawasan di wilayah selatan tidak boleh diadakan setelah ketiadaan calon berikutan tindakan penunjuk perasaan menghalang bakal calon daripada mendaftarkan diri pada hari pendaftaran. 

Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk berbincang dengan Yingluck bagi menentukan tarikh baharu pilihan raya dan memohon titah diraja.

Ini membuka peluang kepada kumpulan pembangkang utama yang memulau pilihan raya 2 Feb lepas untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya baharu kelak.

Sehingga kini, kerajaan Yingluck hanya mempunyai status kerajaan sementara dengan kuasa terhad disebabkan pilihan raya 2 Feb belum selesai di samping pilihan raya semula dirancang untuk diadakan di beberapa wilayah pada April ini.

Dewan Rakyat Thailand memperuntukkan 375 kerusi yang wakilnya dipilih menerusi sistem senarai parti dan sistem perlembagaan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan