Tujuh Puak Taliban Dan 10 Anggota Polis Afghan Maut Dalam Serangan Berani Mati

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 6:07 PM

Bandar Jalalabad, Afghanistan.

(Ubah saiz teks)

JALALABAD: Tujuh anggota puak Taliban menyerbu masuk ke sebuah balai polis di tengah-tengah bandar ini pada Khamis dan membunuh 10 anggota polis. 

Sebelum itu mereka telah meledakkan sebuah trak di hadapan pintu pagar balai polis berkenaan menyebabkan gegaran yang kuat dan memusnahkan kawasan sekitar termasuk kediaman rasmi gabenor wilayah ini.

Puak Taliban telah berikrar yang mereka akan melancarkan kempen keganasan untuk menjejaskan pilihan raya presiden Afghanistan yang dijadualkan berlangsung 5 April depan.

Rakyat Afghanistan akan mengundi untuk memilih penganti Presiden Hamid Karzai.

Hamid Karzai tidak lagi layak bertanding selepas dua penggal menyandang jawatan presiden.

Jawatan presiden kini akan ditandingi oleh Abdullah Abdullah, yang merupakan pencabar Hamid pada 2009, bekas Menteri Luar, Zalmai Rassoul dan bekas pakar ekonomi di Bank Dunia, Ashraf Ghani.

"Sepuluh anggota polis termasuk ketua polis daerah telah terbunuh dalam serangan itu manakala 14 lagi cedera," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohammad Ayoub Salangi kepada agensi berita AFP.

Katanya, seorang orang awam turut terkorban dalam serangan itu termasuk ketujuh-tujuh penyerang tersebut.

"Ia adalah serangan berani mati...itu sahaja motif mereka," ujarnya lagi.

Sebelum mereka menyerbu masuk ke balai polis tersebut, puak Taliban berkenaan terlebih dahulu meletupkan sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan di hadapan pintu pagar balai berkenaan.

Letupan yang kuat itu turut merosakan kawasan kediaman gabenor wilayah Nangarhar yang mana bandar ini adalah ibu wilayahnya.

Kediaman gabenor Nangarhar terletak berhampiran dengan balai polis berkenaan.

Sepuluh hari lalu, puak Taliban telah mengeluarkan arahan supaya pengebom berani mati mereka melancarkan serangan di kawasan-kawasan sasaran tertentu seperti balai polis, kawasan mengundi, para petugas pilihan raya, kerajaan dan juga pihak keselamatan.

Pada pilihan raya 2009, 31 orang awam dan 26 anggota polis dan tentera telah terkorban menjadi sasaran puak Taliban pada hari pertama mengundi sahaja.

Hanya pada Selasa lalu, satu lagi serangan pengebom berani mati telah mengorbankan 16 orang awam di wilayah Faryab di utara Afghanistan.

Beberapa siri serangan bom dan tembakan telah mencetuskan kebimbangan di seluruh negara kerana pasukan pengaman Nato yang berjumlah 53,000 orang akan meninggalkan negara ini selepas 13 tahun mempertahankannya dari serangan Taliban dan Al-Qaeda.

Puak Taliban telah ditumpaskan sebagai sebuah kerajaan sebaik sahaja insiden serangan ke atas menara kembar New York.



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan