Ukraine Dakwa Rusia Tembak Mati Tenteranya

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 10:01 AM

Yatsenyuk

(Ubah saiz teks)

KETEGANGAN di Crimea memasuki fasa baharu apabila seorang tentera Ukraine ditemui mati dipercayai ditembak oleh tentera Rusia.

Pegawai Ukraine itu ditemui mati ditembak di bahagian leher berhampiran pangkalan tentera negara tersebut di Simferopol.

Seorang sukarelawan tempatan yang telah ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan turut dibunuh dengan ditembak di leher.

Insiden itu didakwa telah dilakukan oleh kumpulan tentera Rusia yang turut dikatakan telah telah menjadikan seorang komander Ukraine sebagai benteng manusia bagi memasuki kem berkenaan.

Perdana Menteri Baharu Ukraine, Arseniy Yatsenyuk berkata, serangan itu bermakna krisis berkenaan telah memasuki fasa kententeraan daripada fasa politik sebelum ini.

"Jenayah perang ini berlaku tanpa sebarang batasan," tambahnya.

Kematian pertama anggota tentera Ukraine berlaku pada bulan lepas dan ia juga dipercayai dilakukan oleh tentera Rusia.

Sehubungan itu, Yatsenyuk kini membenarkan tentera menggunakan senjata bagi melindungi negara dan nyawa masing-masing.


  

Tags / Kata Kunci: Rusia , Crimea , Ukraine

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan