95.5 Peratus Warga Crimea Mahu Bersama Rusia

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 10:07 AM

Warga Crimea memilih untuk berada dibawah pentadbiran Rusia.

(Ubah saiz teks)

SIMFEROPOL (Crimea): Sejumlah 95.5% warga semenanjung Crimea telah mengundi untuk kembali bercantum dengan Rusia dalam referendum yang berlangsung semalam.

Dengan keputusan itu, para pemimpin Crimea berkata mereka akan memohon secara rasmi untuk menyertai Rusia pada Isnin.

Dalam reaksi segera, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan yang beliau akan menghormati kehendak dan keputusan warga Crimea.

Menurut laporan warga Crimea yang setia dengan Ukriane telah memboikot referendum itu manakala Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai satu keputusan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Semenanjung Crimea pada asalnya adalah sebahagian dari Rusia tetapi pada 1954 telah dihadiahkan kepada Ukraine sebagai menghargai keputusan negara itu untuk menjadi sebahagian daripada empayar Kesatuan Soviet.

Tetapi selepas Soviet sebagai sebuah negara dan kesatuan musnah pada 1991, Ukraine telah mengisytiharkan kemerdekaannya.

Walaupun merdeka, politik dan pentadbiran Ukraine banyak dipengaruhi oleh Rusia.

Rusia masih mengekalkan pangkalan angkatan lautnya yang besar di semenanjung Crimea sehingga sekarang.

Bagaimanapun selepas kerajaan pusat Ukraine digulingkan oleh kumpulan yang pro-barat pada 22 Februari lalu, Rusia bertindak dengan memberi bantuan ketenteraan kepada kumpulan militia di Crimea untuk mengambil alih pentadbiran wilayah itu seminggu selepas itu.

Alasan mereka ialah untuk melindungi etnik Rusia di Crimea daripada menjadi mangsa opresi kerajaan pusat Ukraine yang mereka anggap sebagai berhaluan kanan.

Majoriti warga Crimea terdiri daripada etnik Rusia (58%), diikuti oleh etnik Ukraine dan selebihnya etnik Tartar yang beragama Islam.

Pada 6 Mac lalu parlimen Crimea telah mengundi untuk mengadakan referendum bagi menentukan sama ada wilayah autonomi itu mahu terus kekal di bawah pentadbiran Ukraine atau kembali bersatu dengan Rusia.

Sementara itu, Sergei Aksyonov, pemimpin Crimea dan para penyokong yang pro-Rusia telah meraikan kemenangan mereka dengan mendendangkan lagu kebangsaan Rusia, mengibarkan bendera Rusia di tengah-tengah bandar ini.

"Crimea akan pulang ke rumah asalnya...," katanya kepada para pemberita.

Sementara itu BBC melaporkan sebahagian besar masyarakat Tartar yang membentuk 12% daripada penduduk Crimea khuatir yang kehidupan mereka akan kembali sepertimana era komunis dahulu jika wilayah itu menjadi sebahagian dari Rusia.

Mereka membentuk kumpulan majoriti yang besar di Crimea sehinggalah Presiden Rusia, Stalin membuang mereka ke Siberia sebagai hukuman menyokong tentera Nazi Jerman pada Perang Dunia.

Selepas Ukraine merdeka dari Rusia, mereka telah kembali ke Crimea hanya untuk mendapati yang tanah dan kediaman mereka telah diambil alih oleh etnik Rusia.

Masyarakat Tartar memboikot referendum yang diadakan itu.

Tags / Kata Kunci: Crimea , Rusia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan