Pengebom Berani Mati Letupkan Diri Tujuh Terbunuh

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 6:03 PM

Pemandangan di pekan Peshawar Lama, bandar yang diibaratkan sebagai sebuah pekan koboi di mana senjata dijual bagaikan barang runcit.

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Letupan oleh pengebom berani mati yang mensasarkan kepada anggota polis di pinggir bandar ini telah mengorbankan tujuh orang.

Peshawar adalah bandar bersempadan dengan Afghanistan dan dikenali sebagai 'pekan koboi' yang mana senjata dan senapang dijual secara terbuka bagaikan barangan runcit.

Ia juga dikenali sebagai pintu masuk-keluar puak Taliban dan Al-Qaeda.

Insiden terbaru ini dikhuatiri akan menjejaskan dialog dan rundingan damai di antara kerajaan pusat Pakistan dengan wakil-wakil Taliban yang baru sahaja berlangsung minggu lalu.

Awal bulan ini, 11 orang menjadi korban apabila puak militan menyerbu masuk ke komplek mahkamah di ibu negara, Islamabad dan melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam dan juga kakitangan mahkamah.

Puak militan yang bertelagah dengan kerajaan, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) menafikan itu perbuatan mereka.

Dalam kejadian terbaru ini, sasaran pengebom berani mati itu adalah kereta perisai polis.

Pengebom itu menghampiri kereta perisai itu dengan berjalan kaki dan sebaik sahaja dia hampir dia meletupkan dirinya tanpa berlengah-lengah lagi, kata jurucakap polis, Najeeb-ur- Rahman, kepada agensi berita AFP.

Menurut AFP, sekurang-kurangnya 28 lagi tercedera dalam letupan itu.

Hampir 7,000 orang menjadi korban serangan militan di Pakistan sejak kemunculan gerakan Taliban ekoran serangan besar-besaran tentera kerajaan ke atas sebuah masjid yang disyaki menjadi pusat pergerakan itu di Karachi pada tahun 2007.

Dan yang terbaru ini, tidak kurang 120 orang telah terbunuh sejak Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengumumkan usaha dialog antara kerajaan dengan kumpulan Taliban penghujung Januari lalu.

Dialog dan perdamaian menjadi sebahagian daripada manifesto utama Nawaz Sharif pada pilihan raya umum tahun lalu yang menyaksikannya diberi kepercayaan sekali lagi oleh rakyat Pakistan untuk menerajui kerajaan untuk kali yang ketiga.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan