Tiga Maut Dalam Insiden Tikaman Di Hunan - Berita Dunia | mStar

Tiga Maut Dalam Insiden Tikaman Di Hunan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sekumpulan penyerang bersenjatakan pisau menikam tiga mangsa sehingga maut di wilayah Hunan, China pada Jumaat.

Seorang pegawai bagaimanapun menolak insiden itu ada kaitan dengan kejadian dua minggu lalu di mana 29 maut dalam rusuhan etnik di Xinjiang.

"Tiga orang maut. Saya boleh beri jaminan ia bukan serangan pengganas. Ia berlaku akibat pertelingkahan di sebuah pasar," kata seorang pegawai di Changsha, ibu negara, wilayah Hunan.

Agensi berita Xinhua melaporkan 'sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau menyerang orang awam' dan mengorbankan tiga nyawa.

Polis telah mengepung tempat kejadian.

Sebuah stesen radio Hunan menyifatkan salah seorang suspek sebagai peniaga kedai roti yang terlibat dalam pertelingkahan dengan seorang pelanggan wanita berusia 80 tahun.

Tags / Kata Kunci: Hunan , China
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan