Gempa Bumi 6.3 Magnitud Gegar Jepun - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi 6.3 Magnitud Gegar Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 11:02 AM

Gempa bumi 6.3 magnitud menggegar Jepun, awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud melanda perairan selatan Jepun, awal pagi Jumaat dengan 17 orang dilaporkan cedera setakat ini.

Pegawai Jepun mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan agar berwaspada dengan bahaya kemungkinan berlakunya tanah runtuh susulan gegaran itu.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan atau kerosakan besar dilaporkan berlaku.

Stesen televisyen NHK melaporkan, 17 orang cedera.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku kira-kira pukul 2.06 pagi waktu tempatan Jepun, berpusat di 13 kilometer dari utara bandaraya Kunisaki.
Tags / Kata Kunci: Jepun , USGS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan