Tiga Mati, 63 Cedera Bangunan Pangsapuri Runtuh Di New York

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 12:37 PM

Keadaan bangunan pangsapuri di kejiranan Harlem, Manhattan, bandar New York, yang runtuh pada Rabu. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Satu letupan kuat yang disebabkan oleh kebocoran gas di bangunan pangsapuri di Manhattan pada Rabu mengorbankan tiga orang dan mencederakan 63 yang lain.

Datuk Bandar New York Bill de Blasio menyifatkan insiden itu sebagai 'jenis tragedi yang paling teruk' dan menurut pejabatnya, sembilan penduduk dari kedua-dua bangunan runtuh masih tidak dapat dikesan.

Anggota bomba bertungkus-lumus sepanjang hari untuk memadamkan api yang marak di East Harlem di mana saksi melihat keadaan yang dipenuhi asap tebal dan berdebu seperti zon perang.

Letupan itu mengingatkan mereka terhadap kejadian serangan 11 September di New York pada tahun 2001 yang menumbangkan Menara Berkembar.

Saksi lain mengatakan keadaan itu seperti 'gempa bumi'.

Terdapat 15 pangsapuri di dua bangunan yang runtuh, Bill dan pegawai-pegawai bandar itu memberitahu pemberita berhampiran tempat kejadian di 116 Street dan Park Avenue yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Latin.

Kira-kira 15 minit sebelum letupan, syarikat tenaga Con Edison menerima panggilan daripada bangunan apartmen bersebelahan menyedarkan kakitangan penyelenggaraan mengenai bau gas.

Letupan itu melanda sekitar pukul 9.30 pagi dan Jabatan Bomba New York berkata anggota bomba berada di tempat kejadian dua minit kemudian.

"Terdapat satu letupan besar yang memusnahkan dua bangunan. Letupan itu berpunca kebocoran gas," kata Bill. -AFP


Tags / Kata Kunci: new york , letupan , apartment , kebocoran gas , latin , manhattan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan