Tentera Israel Tembak Mati Lelaki Palestin

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 5:16 PM

Lokasi dipercayai menjadi tempat lelaki Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Jambatan Allenby.

(Ubah saiz teks)

JERICHO, Palestin: Tentera Israel pada Isnin menembak mati seorang lelaki Palestin yang dituduh cuba mencuri senjata askar di Jambatan Allenby yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan, kata tentera.

Pegawai tentera Israel berkata, pada mulanya lelaki terbabit hanya cedera terkena tembakan tetapi telah meninggal dunia selepas itu.

"Saya boleh mengesahkan dia sudah mati,"  katanya kepada AFP.

Menurutnya lagi, lelaki itu telah ditembak ketika cuba merampas senjata dari seorang askar Israel.

"Sebentar tadi seorang lelaki Palestin cuba merampas senjata tentera di Jambatan Allenby yang menyeberangi Jordan. Sebagai tindak balas, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan ke arah suspek. Satu das tembakan itu menyebabkan mangsa berusia 38 tahun itu meninggal dunia," ceritanya.

Sementara itu, pegawai keselamatan Palestin mengenal pasti mangsa adalah Raed Zeiter yang tinggal di utara Nablus.

Ofer Lefler, jurucakap Lembaga Lapangan Terbang Israel yang bertanggungjawab untuk semua lintasan sempadan , kata sempadan telah ditutup berikutan serangan itu.


Tags / Kata Kunci: Palestin , Israel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan