Dua Syarikat Bergabung Bentuk Konsortium Pisang Terbesar Dunia

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 5:20 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Syarikat pengedar pisang dari Amerika Syarikat dan Ireland kini bergabung untuk membentuk konsortium pisang terbesar dunia, dengan jumlah jualan tahunan mencecah AS$4.6 bilion.

Jenama Chiquita kini mengumumkan pengabungannya dengan Fyffes Plc dari Ireland yang akan menyaksikan para pemegang saham Chiquita menguasai 50.7 peratus di dalam syarikat baru yang dinamakan  ChiquitaFyffes Plc, demikian menurut kenyataan kedua-dua syarikat tersebut pada Isnin.

Syarikat baru itu akan disenaraikan di Bursa Saham New York dan berpangkalan di Ireland. 

Walaupun telah bergabung tetapi jenama 'Chiquita' dan 'Fyffes' akan terus mengekalkan identiti masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Chiquita, Ed Lonergan kini akan dilantik sebagai pengerusi syarikat gabungan yang baru manakala Pengerusi Fyffes, David McCann akan menjadi ketua pegawai eksekutif yang baru untuk kedua-dua syarikat.

Dengan pengabungan itu juga, ChiquitaFyffes akan beroperasi di 70 buah negara dengan jumlah pekerja mencecah 32,000 orang.

Chiquita adalah salah satu pengedar pisang terbesar global termasuk pengedar buah-buahan segar termasuklah salad. 

Fyffes, pula walaupun tidaklah sebesar Chiquita tetapi tetap merupakan pemain global utama dalam pengedaran pisang.

Tags / Kata Kunci: Fyffes , Chiquita , Pisang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan