Enam Belas Mayat Ditemui Dalam Satu Kubur Di Mexico

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 2:23 PM

kubur

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MORELIA (Mexico): Enam belas mayat telah ditemui dalam dua kubur besar di dua buah negeri di sini yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai mangsa kepada kartel dadah.

Daripada jumlah itu 13 mayat telah ditemui di negeri Michoacan manakala tiga lagi di Sinaloa.

Dalam penemuan pertama, pihak berkuasa mengali keluar enam mayat mangsa lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak.

Identiti mereka masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka terdiri daripada sebuah keluarga yang diculik dan dilaporkan hilang Ogos tahun lalu.

Kumpulan kartel dadah itu dikatakan mengawal beberapa kawasan pekan kecil dan perkampungan.

Dalam satu lagi penemuan, tiga mayat yang dipercayai remaja telah dibawa keluar dari kubur yang dipercayai baru tiga bulan.

Tags / Kata Kunci: kubur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan