Pencari Harta Karun Amatur Jumpa Duit Syiling Yang Mungkin Akan Ubah Sejarah Dunia

Diterbitkan: Selasa, 4 Mac 2014 7:29 PM

(Ubah saiz teks)

VICTORIA (Kanada): Seorang pencari harta karun amatur mungkin telah mengubah sejarah dunia selepas menemui duit syiling kurun ke-16 yang tertanam di dalam tanah liat berhampiran pantai Pulau Vancouver dekat sini.

Duit syiling itu disahkan berusia 435 tahun sekaligus mencetuskan teori bahawa ada kemungkinan peneroka British telah terlebih dahulu menjejakkan kaki di pantai Barat Utara Amerika dua abad sebelum ia ditemui oleh pelayar-pelayar Sepanyol sebagaimana yang tercatat dalam buku sejarah.

Buku sejarah mencatatkan yang pelayar-pelayar Sepanyol merupakan bangsa Eropah yang pertama menjejakkan kaki di pantai yang kini dikenali sebagai British Columbia pada 1774.

Empat tahun kemudian, Kapten James Cook dari Tentera Laut British pula tiba di sini.

Bagaimanapun, seorang pesara, Bruce Campbell yang juga merupakan pencari harta karun amatur telah menemui sekeping duit syiling perak yang berasal dari Britain pada Disember lalu yang bertarikh antara 1551 hingga 1553.

Jika ini boleh dijadikan bukti maka ada kemungkinan ekspedisi yang diketuai oleh pelayar dan penjelajah, Sir Francis Drake telah mengembara sehingga ke Utara Kanada di pantai barat Lautan Pasifik pada 1579, dalam usahanya untuk mancari laluan baru.

Bagaimanapun Sir Drake telah menyembunyikan penjelajahan itu daripada pengetahuan Queen Elizabeth I, yang tidak berhasrat untuk mencetuskan provokasi dengan pihak Sepanyol dalam penerokaan wilayah baru pada waktu itu.

Tags / Kata Kunci: syiling , purba , sejarah , kanada , british

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan