Enam Bomoh 'Kawal' Hujan Aksi Persahabatan Bola Sepak Remaja Indonesia - Berita Dunia | mStar

Enam Bomoh 'Kawal' Hujan Aksi Persahabatan Bola Sepak Remaja Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 4 Mac 2014 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kepercayaan terhadap bomoh yang mampu menahan hujan terutama bagi melancarkan acara atau kejohanan 'penting' adalah sesuatu yang biasa diamalkan di Indonesia.

Terbaharu, khidmat enam bomoh dan beberapa ahli spiritual digunakan semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan bawah 19 tahun Indonesia menentang Persewangi Banyuwangi di Stadion Diponegoro, Banyuwangi, Jawa Timur pada Isnin.

Setiausaha jawatankuasa penganjur perlawanan berkenaan, Fandi Ahmad seperti dipetik akhbar Kompas, berkata kesemua bomoh serta ahli spiritual tersebut yang berasal dari wilayah Banyuwangi, ditempatkan di sekeliling stadium tersebut.

"Selain menghalang (menahan) hujan, ahli spiritual dilibatkan supaya pertandingan berjalan lancar. Keterlibatan ahli spiritual sudah merupakan kebiasaan dalam setiap acara di Banyuwangi.

"Enam pawang hujan serta ahli spiritual ini diharapkan membantu mendoakan agar acara berjalan lancar dan sukses serta cuaca juga cerah," kata Fandi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bomoh , hujan , bola sepak remaja Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan