Pencerobohan Ke Atas Ukraine: Rusia & China Cuba Tunjuk Solidariti

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 10:25 PM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia cuba menunjukkan kepada dunia yang mereka mempunyai penyokong dalam isu pencerobohan ke atas Ukraine dengan mengumumkan perbualan di antara menteri luar negara itu dengan rakan sejawatannya dari China berhubung isu tersebut.

Rusia telah mengesahkan kepada seluruh dunia bahawa anggota bersenjata yang dilihat menawan bangunan parlimen dan kerajaan tempatan serta lapangan terbang di semenanjung Crimea Jumaat dan Sabtu lalu adalah anggota bersenjata yang pro mereka.

Dan pada masa yang sama, parlimen Rusia juga telah memberi kelulusan kepada Presiden Vladimir Putin untuk menghantar ketumbukan tentera ke semenanjung Crimea untuk melindungi penduduk wilayah itu yang pro-Rusia.

Rusia mendakwa yang mereka mempunyai kepentingan dan alasan untuk bertindak di semenanjung Crimea kerana 60 peratus penduduk wilayah itu adalah terdiri daripada etnik Rusia.

Negara itu yang mempunyai pangkalan tentera laut yang besar di Crimea mula bertindak menceroboh Ukraine selepas kerajaan pusat Ukraine yang pro-Rusia ditumbangkan oleh penentang-penentang pro-Kesatuan Eropah minggu lalu.

Semenanjung Crimea yang mengadap Laut Hitam dan bersempadan dengan Rusia pada asalnya adalah wilayah Rusia tetapi kemudiannya dihadiahkan kepada Ukraine selepas Ukraine bersetuju untuk menjadi anggota Kesatuan Soviet pada tahun 1950an.

Bagaimanapun selepas empayar Soviet musnah pada tahun 1991, Ukraine mengisytiharkan kemerdekaan mereka dari Rusia.

Rusia akur dengan syarat mereka masih boleh menempatkan kepentingan pangkalan laut mereka di semenanjung Cremia sebagai jaminan untuk melindungi kepentingan etnik Rusia di Cremia yang merupakan penduduk majoriti.

Sementara itu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata yang beliau telah memberi taklimat yang panjang lebar kepada rakan sejawatannya dari China, Wang Yi berhubung pencerobohan di Ukraine.

Rusia terpaksa mencari sekutu dalam kes pencerobohan tersebut selepas anggota-anggota negara berkuasa besar dunia dalam kumpulan G8 pada Ahad mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan agresif Rusia ke atas sebuah negara yang berdaulat.

Anggota-anggota G8 kemudiannya telah membuat keputusan untuk membatalkan sidang kemuncak mereka di Sochi, Rusia, Jun ini sebagai tanda protes.

Rusia adalah salah satu anggota G8 tetapi China tidak.

Tags / Kata Kunci: ukraine , rusia , crimea

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan