Paralimpian Pistorius Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Membunuh

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 8:15 PM

Oscar Pistorius

Oscar Pistorius. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PRETORIA: Paralimpian dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius pada Isnin mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh kekasihnya pada hari memperingati kekasih setahun yang lalu.

Pelari olimpik yang kudung kedua-dua belah kaki itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan seumur hidup jika didapati bersalah.

Perbicaraannya menarik perhatian dunia kerana statusnya sebagai bintang sukan ternama Afrika Selatan lebih-lebih lagi setelah dia mencipta sejarah sebagai pelari yang pertama mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik di London pada 2012 menggunakan bilah gentian optik sebagai ganti.

Sebaik sahaja pihak pendakwa raya membacakan kenyataan dakwaan yang Pistorius "secara salah di sisi undang-undang dan dengan niat membunuh" kekasihnya Reeva Steenkamp, yang bermalam di kediaman mewah atlet itu, dia dengan segera dan tenang menjawab "tidak mengaku bersalah Yang Arif..."

Pistorius, 27, juga turut mengaku tidak bersalah ke atas tiga lagi dakwaan memilik senjata secara tidak sah.

Dilihat memasuki ruang kamar Mahkamah Tinggi Utara Gauteng dekat sini pada hari pertama perbicaraan berprofil tinggi itu, Pistorius kelihatan sedikit gementar dengan memakai sut gelap dan juga tali leher.

Dalam kenyataan balasnya, Pistorius tidak menafikan telah membunuh kekasinya itu tetapi menafikan yang kejadian itu sebagai disengajakan atau pun dengan niat.

"Kami adalah dua pasangan yang sedang bercinta..." ujar peguamnya, Kenny Oldwage ketika membaca kenyataan itu bagi pihak Pistorius.

Sementara itu di dalam mahkamah, ibu mangsa, June, yang memakai pakaian serba gelap berkata; "Saya ingin melihat dia di mata dan melihat sendiri akan kebenaran yang terpancar dari anak matanya."

Sepanjang perbicaraan itu keluarga Pistorius dan kekasihnya itu tidak berinteraksi atau bertegur sapa.

Perbicaraan tersebut dijadualkan untuk berlangsung selama tiga minggu.

Pihak pendakwaan dijadualkan untuk memanggil sekurang-kurangnya 107 saksi sepanjang perbicaraan tersebut termasuklah bekas-bekas kekasih Pistorius.

Dilahirkan pada 1986 di Johannesburg tanpa tulang fibula, Pistorius telah menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua belah kakinya di bawah paras lutut apabila dia berusia 11 bulan.

Dia kemudiannya memilih untuk menjadi pelari sepenuh masa dengan menggunakan bilah gentian optik menjadikannya popular dengan gelaran "the Blade Runner".

Sepuluh hari sebelum insiden malang itu berlaku satu rakaman CCTV menunjukkan yang pasangan kekasih itu bercium dan bermesra manja ketika membeli belah di sebuah pasar raya mewah di Pretoria - sekaligus menunjukkan yang hubungan mereka tidak retak sepertimana yang diperkatakan.

Tags / Kata Kunci: Oscar Pistorius

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan