Nepal Akan 'Paksa' Pendaki Kutip 8 Kilo Sampah Di Everest

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 10:36 PM

everest

Gambar fail menunjukkan seorang warga Nepal mengutip sampah, yang ditinggal oleh para pendaki pada ketinggian 8,000 meter di Gunung Everest. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Pejabat Renjer Banjaran Himalaya di sini akan memaksa para pendaki Gunung Everest membawa turun lapan kilogram sampah di bawah peraturan baru permit daki dalam usaha Kerajaan Nepal untuk membersihkan banjaran itu.

Peraturan baru itu buat permulaan akan dikenakan kepada pendaki yang menuju ke khemah induk Everest mulai April ini.

Menurut pegawai dari Kementerian Pelancongan Nepal, Madhusudan Burlakoti, kerajaannya membuat keputusan itu sebagai satu cara untuk membersihkan banjaran Everest daripada timbunan sampah terutamanya tangki oksigen kosong yang semakin bertimbun.

Kata Burlakoti, pendaki yang gagal berbuat demikian akan tertakluk kepada tindakan undang-undang.

Bagaimanapun masih belum jelas, apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar - sama ada penalti atau hukuman lain dari itu.

Everest bukan sahaja menjadi 'tong sampah' kepada peralatan yang digunakan sewaktu mendaki malah ia menjadi tempat peninggalan mayat kerana mereka yang terbunuh sewaktu pendakian tidak pernah dibawa pulang kerana mayat tidak reput dalam kesejukan yang ekstrem.

Sebagai permulaan satu kawasan pengumpulan sampah akan ditempatkan di khemah induk yang mana setiap anggota ekspedisi akan disyaratkan membawa turun lapan kilogram sampah ke tempat yang disediakan itu.

Musim mendaki Everest biasanya bermula pada April dan Mei.

Tags / Kata Kunci: everest , pendaki , nepal

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan