Kejadian Amuk Di Kunming: Pihak Berkuasa Dikutuk Kerana Tuduh Islam

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 5:54 PM

kunming

Stesen kereta api di Kunming yang menjadi lokasi kejadian amuk yang mengorbankan 29 orang pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUNMING, China: Pengguna laman sosial di China mengutuk tindakan pihak berkuasa negara itu yang menuduh kejadian amukan yang mengorbankan 29 orang di stesen kereta api di sini dilakukan oleh puak pemisah Islam yang tinggal di Xinjiang.

Kecaman itu hadir apabila pihak berkuasa negara itu dikatakan membuat kenyataan mudah dengan menuduh kejadian itu didalangi oleh etnik Islam Uighur dari Xinjiang.

Etnik Islam Uighur dituduh terlibat dalam kejadian selepas pihak berkuasa menemui bendera yang tertulis berkaitan dengan Islam.

Pengguna laman sosial di China berang dengan tuduhan tersebut kerana ia memberi kesan terhadap perpaduan antara agama.

Akibat daripada kenyataan pihak berkuasa itu, seorang pemandu teksi di Bandar Kunming yang merupakan lokasi kejadian telah mengugut untuk bertindak rasis.

"Saya tidak akan membiarkan mereka ke dalam teksi saya. Mereka semua penagih dadah dan semua orang Xinjiang," katanya yang enggan dikenali.

Dalam kejadian pada Ahad sebanyak 29 orang maut dan lebih 130 orang lagi cedera apabila diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau.

Sekumpulan penyerang memakai pakaian berwarna hitam menyerbu stesen kereta api Kunming dan menikam orang ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket di situ. Gambar-gambar yang disiarkan di laman web sosial China, Sina Weibo merakamkan lantai stesen kereta api itu dipenuhi darah dan kakitangan perubatan memeriksa mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat kejadian, namun imej tersebut tidak dapat disahkan.

Xinhua melaporkan polis menembak mati sekurang-kurangnya empat penyerang dan memburu saki baki kumpulan penyerang itu.

Tags / Kata Kunci: kunming , amuk

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan