Jambatan Runtuh Di Karnival, Empat Maut, 60 Cedera

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 6:45 PM

Polis sedang mengawal kawasan di mana sebuah jambatan runtuh ketika sambutan sebuah karnival di Oruro, Bolivia.

(Ubah saiz teks)

LA PAZ: (Bolivia) Empat maut dan lebih 60 cedera pada Sabtu apabila sebuah jambatan runtuh menghempap sebahagian penonton dan ahli muzik dalam perarakan pembukaan sebuah karnival di tanah tinggi Oruro.

Menteri Dalam Negeri, Carlos Romero berkata, tiga daripada mereka merupakan ahli muzik dari kumpulan Poopo, manakala seornag lagi sedang berjalan di jambatan sementara itu, yang runtuh kerana lebih muatan.

Romero berkata, Presiden Bolivia, Evo Morales yang merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik sewaktu zaman remajanya memberikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan rakyat di Oruro.

Persatuan ahli muzik tempatan bagaimanapun mahu meneruskan acara festival meskipun berlakunya tragedi yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.

"Jelas, ini amat menyedihkan.. maka kita mencadangkan supaya perarakan ini dilencongkan ke tempat lain bagi meneruskan festival ini," kata presiden persatuan, Jacinto Quispaya kepada para pemberita.

Sekurang-kurangnya 35,000 penari dan 6,000 ahli muzik menyertai festival itu. - AFP

Tags / Kata Kunci: jambatan runtuh , bolivia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan