Uganda Lulus Undang-Undang Baru Penjara Seumur Hidup Ke Atas Pengamal Homoseksual

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

ENTEBBE (Uganda): Presiden Uganda, Yoweri Museveni pada Isnin menandatangani rang undang-undang bagi meluluskan satu peraturan baru yang membolehkan homoseksual di negara itu dihukum penjara seumur hidup.

Undang-undang baru itu juga turut mengharamkam sebarang promosi ke arah kehidupan homoseksual atau gay.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Presiden Amerika, Barack Obama memberi amaran yang keputusan untuk melaksanakan undang-undang baru itu akan menjejas hubungan diplomatik di antara Kampala dan Washington.

"Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa seseorang itu boleh bertukar menjadi homoseksual secara semulajadi. Sebab itulah saya menandatangani rang undang-undang ini," kata Museveni.

Undang-undang baru itu bakal menguji sejauh manakah Uganda akan menerima tempias negatif daripada negara-negara asing khususnya dari Barat yang memperjuangkan hak asasi manusia.

Tetapi Museveni dengan segera memberi amaran supaya negara Barat tidak campur tangan dalam urusan negaranya malah tidak khuatir yang bantuan asing bakal ditarik balik ekoran pelaksanaan undang-undang tersebut.

"Orang luar tidak boleh menentukan apa yang baik untuk Uganda. Ini adalah urusan negara kami," tegasnya.

Museveni mempunyai hubungan yang akrab dengan Amerika dan juga negara-negara Kesatuan Eropah.

"Apa yang cuba dipaksa oleh negara Barat ke atas kami adalah ibarat sosial imperialisma," ujarnya.

Sebelum rang undang-undang ini dibawa ke parlimen Disember lalu, ia telah dipinda dengan mengeluarkan hukuman mati kepada pengamal homoseksual kepada hanya penjara seumur hidup.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan