Kabinet Mesir Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Kerajaan Mesir pimpinan Perdana Menteri Hazem al-Beblawi pada Isnin berkata mereka telah meletak jawatan menjelang pemilihan Presiden yang dilihat akan memberi ruang kepada Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi untuk berkuasa.

Al-Sisi masih belum mengumumkan pencalonan untuk pemilihan itu tetapi beberapa pembantunya berkata beliau sudah membuat keputusan untuk bertanding dan akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga menteri pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri pertama dalam kabinet sedia ada, perlu meletak jawatan dari kerajaan dan ketenteraan sebelum membuat pengumuman rasmi mengenai pencalonannya.

Kerajaan pimpinan Beblawi dilantik pada Julai selepas Al-Sisi menggulingkan Presiden Mohamed Morsi.

"Kabinet memutuskan untuk menyerahkan peletakan jawatan kepada Adly Mansour, Presiden sementara," kata Kabinet kerajaan Mesir dalam satu kenyataan.

Beblawi memuji prestasi kerajaan tersebut di sebuah stesen televisyen.

"Untuk tempoh enam hingga tujuh bulan, kerajaan mengambil alih tugas dan tanggungjawab... kerajaan tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mengeluarkan Mesir dari keadaan yang meruncing.

"Ini bukan masa untuk kepentingan peribadi. Rakyat lebih penting, mengatasi segalanya," kata Beblawi merujuk kepada isu keselamatan dan ekonomi.

Beblawi berkata kerajaan turut melengkapkan fasa pertama dalam rangka yang digariskan pihak berkuasa dengan mengadakan referendum mengenai perlembagaan baharu pada Januari lalu.

Jurucakap kerajaan, Hany Saleh berkata, keputusan itu dibuat kerana 'merasakan pemimpin baharu amat diperlukan'.
Tags / Kata Kunci: kabinet mesir , letak jawatan , al-sisi

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan