Thailand Jangka Pertumbuhan Tiga Hingga Empat Peratus Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ekonomi Thailand dijangka tumbuh antara tiga hingga empat peratus tahun ini berbanding 2.9 peratus tahun lalu, kata Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaannya.

Katanya, angka itu lebih rendah daripada empat hingga lima peratus yang diunjurkan tiga bulan lalu dan jauh lebih rendah daripada 6.5 peratus yang dicatat pada 2012.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, lembaga itu berkata, unjuran baharu itu berdasarkan andaian ekonomi dunia akan tumbuh 3.6 peratus tahun ini, harga minyak Dubai dalam jajaran AS$102.5 hingga 107.5 setong dan purata pertukaran mata wang 32 hingga 33 baht bagi setiap dolar AS.

"Penurunan unjuran pertumbuhan tahun ini disebabkan permintaan domestik mungkin menghadapi sedikit kekangan dan dijangka kekal lemah berikutan kelewatan pelaksanaan projek pelaburan awam dan kelemahan penggunaan persendirian," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sektor eksport sudah mula menunjukkan petanda jelas pemulihan dan dijangka tumbuh pada kadar lebih cepat.

Lembaga itu menjangka, nilai eksport Thailand tumbuh antara lima hingga tujuh peratus kepada AS$241.2 bilion (berbanding US$225.4 bilion pada 2013) dan menjadi satu daripada faktor sokongan terpenting untuk pertumbuhan ekonomi pada 2014.

Import tahun ini dijangka tumbuh 5.7 peratus kepada AS$231.7 bilion berbanding unjuran pada November, iaitu 6.7 peratus kepada AS$236 bilion, katanya.

Lembaga itu mengumumkan, ekonomi Thailand berkembang 0.6 peratus pada suku terakhir tahun lalu, pertumbuhan suku paling rendah sejak suku pertama 2012, terutama disebabkan penurunan permintaan domestik.

Menurutnya, penurunan permintaan domestik disebabkan penyusutan 4.5 peratus perbelanjaan isi rumah berikutan kejatuhan 42 peratus jualan kereta penumpang berbanding suku yang sama pada 2012.

"Secara keseluruhannya ekonomi Thailand kekal stabil dan ini boleh dilihat daripada 0.7 peratus kadar pengangguran dan 1.7 peratus kadar inflasi serta sedikit lebihan akaun semasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan