104 Penuntut USIM Redah Perjalanan 12 Jam Akibat Gunung Berapi

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sejumlah 104 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam menaiki bas ke sini, berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto di Yogyakarta ditutup susulan letusan Gunung Berapi Kelud di Jawa Timur, Khamis lepas.

Mereka terpaksa meredah perjalanan yang lama itu untuk ditempatkan di Dewan Malaysia Jakarta (MHJ) dua hari lepas (Sabtu), sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Kesemua pelajar berkenaan yang turut diiringi tiga pegawai dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) itu, sepatutnya berlepas pulang ke tanah air dari lapangan terbang berkenaan pada 15 Feb.

Pengarah Pengajian Malaysia di Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pihaknya mengambil inisiatif memindahkan kesemua peserta rombongan itu bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka.

Mengikut jadual asal, katanya rombongan itu sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang itu sebaik selesai menjayakan Program Pengembaraan USIM GISO 2014: Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Yogyakarta selama enam hari.

Bagaimanapun, beliau berkata berikutan debu akibat letusan Gunung Berapi Kelud menutupi ruang udara Yogyakarta, lapangan terbang tersebut ditutup dan semua penerbangan dibatalkan sehingga kini.

Katanya semua anggota rombongan akan berlepas pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini, dalam tempoh terdekat.

"Mereka akan berlepas pulang dari Jakarta memandangkan (syarikat penerbangan) AirAsia memberi kelonggaran untuk menaiki pesawat dari mana-mana lapangan terbang di Indonesia.

"Kesemua pelajar dalam keadaan sihat dan sebahagian kecil yang masih keletihan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan