Tiga Warga Korea Selatan Maut Letupan Bas Pelancong Di Mesir

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Sebuah bas membawa pelancong Korea Selatan meletup berdekatan sempadan Mesir dengan Israel.

Insiden itu menyebabkan pemandu bas dan tiga orang maut pada Ahad.

Ia adalah serangan pertama terhadap bas pelancong sejak Presiden Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera pada Julai lalu.

Letupan tersebut dipercayai disebabkan oleh sebutir bom yang diletakkan di bahagian dalam bas tersebut.

Gabenor Selatan Sinai, Khaled Fouda berkata, tiga yang terkorban ialah warga Korea Selatan dan seorang pemandu rakyat Mesir.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan