Rumah Kerajaan Dikepung Berikutan Khabar Angin Yingluck Kembali Bertugas

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan mengepung Rumah Kerajaan pagi Isnin berikutan khabar angin Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra akan kembali bertugas di situ minggu ini.

Bagaimanapun, mereka tidak memasuki kawasan bangunan berkenaan, yang menempatkan pejabat perdana menteri.

"Kami akan lindungi Rumah Kerajaan dengan sedapat mungkin agar kerajaan sementara tidak boleh memasukinya. Kami akan hanya membenarkan kerajaan rakyat memasukinya," kata pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) Suriyasai Katasila.

Nithithorn Lumlue, pemimpin Rangkaian Pelajar dan Rakyat Bagi Pembaharuan Thailand (NSPRT), pula berkata mereka sedang membina tembok konkrit sebagai penghadang di pintu pagar utama Rumah Kerajaan untuk menghalang kerajaan sementara daripada memasuki kawasan bangunan itu.

Beberapa penunjuk perasaan kelihatan menuang bancuhan simen pada penghadang konkrit untuk menyukarkan pihak berkuasa mengalihkannya.

Tempat anggota NSPRT berhimpun terletak di hadapan pintu pagar utama Rumah Kerajaan.

Pemimpin PDRC Suthep Thuagsuban mengetuai perarakan dari tapak perhimpunan utama penunjuk perasaan di Pratumwan (berhampiran destinasi beli-belah terkenal pelancong, MBK Shopping Mall).

Yingluck tidak ke Rumah Kerajaan sejak beberapa bulan lepas bagi mengelak bertembung dengan para penunjuk perasaan, yang berkhemah di beberapa lokasi berhampiran bangunan itu sejak mereka memulakan bantahan tahun lepas.

Sepanjang tempoh itu, beliau bekerja di pejabat sementara, Pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan, manakala mesyuarat mingguan Kabinet pula diadakan di ibu pejabat Tentera Udara Diraja Thailand di Don Muang, bukan seperti kebiasaannya di Rumah kerajaan.

Minggu lepas, polis mengosongkan beberapa tempat perhimpunan penunjuk perasaan dan mengumumkan akan meneruskan operasi itu. Bagaimanapun, sebaik sahaja polis beredar, penunjuk perasaan kembali berhimpun di tempat berkenaan.

Menurut laporan, pengarah Pusat Kawalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Chalerm Yubamrung berkata Yingluck akan datang kembali bertugas di Rumah Kerajaan minggu ini.

Ini menimbulkan kemungkinan perdana menteri sementara itu akan bertembung dengan para penunjuk perasaan, yang meminta beliau berundur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan