Pencarian Tujuh Penyelam Jepun Yang Hilang Di Bali Diteruskan

Diterbitkan: Isnin, 17 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DENPASAR: Pasukan penyelamat Indonesia, pada Ahad meneruskan pencarian tujuh penyelam skuba dari Jepun yang hilang semasa menyelam berhampiran Bali dua hari lepas, kata seorang pegawai konsular.

Pasukan tersebut melakukan pencarian terhadap lima pelancong dan dua tenaga pengajar yang kesemuanya wanita yang hilang semasa melakukan selaman ketiga berhampiran kepulauan Nusa Lembongan dan Nusa Penida tenggara Bali pada Jumaat petang, kata timbalan konsul Jepun di Bali, Yasue Katsunobu.

Kapten bot mereka menghubungi polis selepas mereka tidak timbul kembali, kata Katsunobo sambil menambah bot telah disewa dari Yellow Scuba di pantai Sanur.

"Kami masih mencari tujuh penyelam yang hilang. Setakat ini tidak ada petunjuk di mana mereka berada," kata Katsunobo kepada AFP, Ahad.

"Pada Sabtu, agensi mencari dan menyelamat dan polis maritim keluar mencari dari pukul enam pagi dan hari ini mereka menggunakan bot besar dan helikopter," kata beliau sambil menambah nelayan dan tenaga pengajar selam Jepun di Bali secara sukarela mahu membantu dalam pencarian.

Penyelamat mencari sehingga pukul 3 petang Sabtu apabila keadaan cuaca buruk, termasuk hujan lebat, memaksa mereka untuk menghentikan misi, menurut Katsunobo.

Ketua pasukan itu berkata bahawa dia telah mengikuti penyelam selama kira-kira 20 minit sebelum hujan tiba-tiba turun, menjadikan air keruh, menurut satu laporan dalam akhbar Asahi Shimbun Jepun.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan