Rusuhan Little India: Pendengaran Awam COI Bermula Rabu Depan - Berita Dunia | mStar

Rusuhan Little India: Pendengaran Awam COI Bermula Rabu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pendengaran awam Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai insiden rusuhan melibatkan sekumpulan pekerja asing di daerah Little India, Disember lepas, akan bermula Rabu ini di Mahkamah Rendah Singapura.

Sekretariat COI berkata sekurang-kurangnya 70 daripada hampir 300 saksi yang diambil keterangan oleh pegawai penyiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) akan dipanggil untuk memberi keterangan lisan pada sesi pendengaran awam tersebut.

Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan bahan bukti pada sesi pendengaran itu, menurut Sekretariat COI dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, COI telah menjemput kesemua 57 pekerja asing yang dihantar pulang supaya ditemuduga secara sukarela sebelum meninggalkan negara itu di mana hanya 20 bersetuju.

Pada sesi pendengaran kes itu, COI juga akan memanggil beberapa pekerja asing yang telah diberi notis oleh polis untuk memberi keterangan.

Sesi pendengaran COI itu dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu.

Dalam insiden pada 8 Dis, 2013, kira-kira 400 pekerja asing merusuh berikutan kematian warga India, Sakthivel Kumaravelu, 33, yang dilanggar oleh sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire di sini.

Dalam insiden itu, yang pertama dalam sejarah Singapura sejak merdeka, sebanyak 25 kenderaan awam dan 16 kereta polis dan ambulans dibakar dan dimusnahkan serta 39 anggota polis dan petugas keselamatan cedera. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan