Ribut Salji Landa Jepun - Berita Dunia | mStar

Ribut Salji Landa Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa batang pokok di sebuah taman di Tokyo dilitupi salji.
Beberapa batang pokok di sebuah taman di Tokyo dilitupi salji.

TOKYO: Ribut salji melanda Jepun pada Jumaat, mengakibatkan sebahagian besar jalan raya dan laluan kereta api ditutup manakala hampir 100 penerbangan dibatalkan.

Sebahagian besar wilayah negara itu dilaporkan akan dilitupi salki setebal 30 sentimeter, pagi Sabtu.

Insiden itu berlaku seminggu selepas ribut salji paling teruk melanda negara itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang manakala 1,200 lagi cedera.

Agensi Kaji Cuaca Jepun turut memberi amaran salji tebal di barat dan tengah Jepun serta angin kencang dan ombak besar di sepanjang kawasan pantai.

Ribut salji itu turut menyebabkan perkhidmatan kereta api laji 'shinkansen' terjejas.

Sementara itu, Japan Airlines (JAL) membatalkan 77 penerbangan pada Jumaat manakala All Nippon Airways (ANA) membatalkan 40 penerbangan di seluruh negara.

Pada minggu lalu, salji setebal 27 sentimeter dicatatkan di Tokyo, ribut salji paling teruk dalam tempoh 45 tahun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan