Havoc! Havoc! Britain Dilanda Havoc!

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ombak kuat hingga memecahkan tembok laut ketika air pasang di Aberystwyth, barat Wales. -foto/AFP
Ombak kuat hingga memecahkan tembok laut ketika air pasang di Aberystwyth, barat Wales. -foto/AFP

LONDON: Boleh dikatakan seluruh Britain kini sedang dilanda 'havoc' dengan angin kencang, ribut salji di Utara dan hujan lebat di Selatan telah menenggelamkan sebahagian besar kawasan luar bandar sejak beberapa minggu lalu.

Mangsa terutamanya yang tinggal di luar bandar merungut yang bantuan kerajaan tiba lewat malah sesetengah tempat tiada bantuan langsung sehinggakan mereka putus harapan untuk melihat kediaman mereka diselamatkan.

Hanya selepas pihak media menyiarkan laporan mengenai ketiadaan bantuan barulah kerajaan menghantar pihak tentera sebagai pasukan bantuan pada Rabu untuk membina benteng pasir di kawasan rendah.

Banjir dan angin kencang yang melanda Britain ini bukan sahaja telah menyebabkan perkhidmatan kereta api tergendala malah beberapa lebuh raya utama yang menghubungkan kota ini dengan kawasan-kawasan lain terpaksa juga ditutup demi keselamatan ramai.

Pekan dan bandar kecil yang berselerakan di tepian Sungai Thames menjadi mangsa limpahan sungai utama Britain itu.

Di sesetengah tempat masyarakat tempatan menjadi terlalu marah dan kecewa sehinggakan mereka menghalau kakitangan Agensi Alam Sekitar yang datang lewat untuk menghulurkan bantuan.

Hanya selepas beberapa hari ditenggelami air, Jawatankuasa Khas Banjir Pejabat Perdana Menteri yang lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Cobra baru mula bersidang Rabu untuk menentukan bentuk dan jumlah bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa.

Sementara itu 153,000 orang telah menandatangani petisyen yang dianjurkan oleh sebuah akhbar Britain untuk mendesak kerajaan Britain menerima bantuan kewangan luar bagi menangani masalah banjir yang semakin memburuk ini.

Apa yang lebih membimbangkan ialah ramalan kajicuaca menjangkakan ribut serta angin kencang bakal membawa lebih banyak hujan dari Atlantik Utara ke pantai Britain, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Di Lapangan Terbang Manchester, angin terlalu kuat sehingga menterbalikkan pesawat turbo prop Bombardier Dash 8 yang baru mendarat.

Angin kuat di Manchester juga menyebabkan perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City menentang Sunderland terpaksa dibatalkan.

Begitu juga perlawanan di antara Everton menentang Crystal Palace.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan