Balas Dendam Motif Lima Orang Maut Di Selatan Thai

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Balas dendam dikatakan motif serangan puak pemisah dalam dua kejadian keganasan yang mengakibatkan lima kematian dalam dua kejadian dua hari lepas dan pagi Khamis.

Dalam satu kejadian pada 6.30 pagi Khamis waktu tempatan, penyerang-penyerang bersenjatakan AK47 dan M16 menggunakan dua motosikal menembak ke arah penganut Buddha yang memberikan makanan kepada sami-sami di Kampung Salamai, daerah Maelan, Pattani.

Pol Kol Sathit Polpinich, Ketua Polis Daerah Maelan, berkata ketika kejadian, sami itu diberi kawalan keselamatan oleh anggota polis dan sukarelawan.

Dalam kejadian itu, dua daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital Maelan, kata beliau, sambil menambah seorang mangsa adalah sami dan seorang kanak-kanak sembilan tahun.

Tujuh orang lagi telah cedera termasuk dua orang kanak-kanak, empat warga emas dan seorang polis.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Poth Suaisuwang mengerahkan 100 pegawai keselamatan untuk memburu suspek di kawasan berdekatan.

Seorang daripada suspek dikatakan cedera terkena tembakan pengawal keselamatan. Semalam, seorang pegawai bank wanita berumur 28 tahun mati ditembak dan mayatnya dibakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Panaret, Pattani.

Kejadian berlaku di kawasan kampong Toktitir, Yaring, Pattani kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Menurut ketua polis wilayah Pattani, kedua-dua kejadian mungkin bermotifkan tindakan balas dendam oleh puak pemisah berikutan kematian tiga kanak-kanak di Bachok pada 4 Februari lepas.

Poth berkata buktinya ialah tulisan yang dijumpai di tempat kejadian yang menyatakan "ini adalah tindakan balas di atas kematian tiga kanak-kanak di Bachok". - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan