Nepal Akhirnya Lantik Perdana Menteri Baru Selepas Pilihan Raya November Lalu

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sushil Koirala. Foto AFP
Sushil Koirala. Foto AFP

KATHMANDU: Parlimen Nepal telah memilih ahli politik veteran, Sushil Koirala sebagai perdana menteri yang baru pada Isnin.

Sushil,75, kini berhadapan dengan satu tugas yang sangat berat iaitu meminda perlembagaan sebagaimana yang dikehendaki oleh majoriti anggota dewan.

Perdana menteri yang masih bujang itu menjadi pilihan anggota-anggota dewan rakyat yang terpilih November tahun lalu dalam pilihan raya kedua selepas tamatnya perang saudara di negara itu pada tahun 2006.

Keluarga Sushil Koirala mendominasi parti politik Nepal yang terbesar buat masa ini iaitu Parti Kongres Nepal. Sushil kini adalah anggota keempat daripada keluarganya yang berjaya menjadi perdana menteri Nepal.

Beliau memperolehi 405 undi daripada 553 undi di parlimen selepas parti berhaluan kiri, Unified Marxist-Leninist (UML) membuat keputusan untuk menyokong pencalonannya.

Sejak 2008, Nepal menyaksikan lima orang perdana menteri bersilih ganti menerajui negara itu dan ia telah menjejaskan proses membuat undang-undang.

Untuk seketika selepas 2006, parlimen Nepal dikuasai oleh wakil-wakil daripada puak pemberontak Maoists tetapi mereka akhirnya tumpas pada bulan Mei 2012 selepas gagal membentuk perlembagaan baru.

Ini telah membuka laluan kepada pilihan raya baru pada November lalu.

Kumpulan Maoists yang meletakkan senjata untuk membolehkan mereka bergerak secara sah sebagai sebuah entiti politik selepas menandatangani perjanjian damai untuk menghentikan perang saudara kini hanya menjadi parti yang ketiga terbesar dalam parlimen dengan sekadar 80 kerusi.

Latar Belakang PM Baru

Sushil Koirala dilahirkan pada tahun 1939 di Timur Nepal dalam satu keluarga besar yang terlibat dalam politik negara itu sejak dari awal lagi.

Tetapi kemudiannya keluarga beliau lari meninggalkan Nepal ke India pada tahun 1960 selepas Raja yang memerintah mengantung demokrasi dan memenjarakan ramai ahli politik termasuk anggota keluarganya yang mana salah seorang daripada mereka adalah perdana menteri negara itu.

Sushil kemudiannya menyambung pengajian tingginya dalam bidang sains kemanusiaan di sebuah universiti di bandar kelahiran Guathamala Buddha, Benares.

Tetapi gandingannya dengan salah seorang ahli keluarganya yang berpengaruh G.P. Koirala, yang kemudian mempengaruhi gerakan politik Sushil.

G.P yang turut melarikan diri ke India selepas dipenjarakan selama tujuh tahun di Nepal telah merancang satu operasi sulit untuk merampas sebuah pesawat milik Royal Nepal Airlines yang dipercayai membawa wang tunai yang bank untuk bank negara Nepal.

Para perampas telah memaksa juruterbang pesawat itu yang dalam perjalanan ke Kathmandu supaya mendarat di timur India, di mana lima lagi sekutu termasuk Sushil Koirala, sedia menanti untuk merampas wang tersebut bagi tujuan membiayai penubuhan parti politik mereka iaitu Parti Kongres Nepal.

Selepas setahun insiden itu berlalu, pihak berkuasa India berjaya menahan seorang demi seorang mereka yang terlibat merampas pesawat tersebut termasuklah Sushil yang kemudiannya dihukum penjara tiga tahun.

Yang menakjubkan ialah selepas mereka semua dibebaskan, G.P. Koirala, kemudiannya kembali ke Nepal selepas menerima pengampunan daripada raja dan menjadi perdana menteri negara itu pada tahun 1991.

Dua tahun sebelum kematiannya, G.P. Koirala telah melantik salah seorang adiknya untuk menerajui Parti Kongres Nepal pada tahun 2008

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan