Kesatuan Sekerja Lancar Boikot Di London Underground

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Beberapa kesatuan sekerja di London melancarkan boikot pada rangkaian keretapi bawah tanah London Underground pada Selasa, hanya beberapa jam sebelum ia sepatutnya memulakan operasi.

Boikot selama 48 jam itu dirancang susulan daripada boikot yang seumpamanya pada minggu lepas, sehingga mengakibatkan gangguan perkhidmatan dan kelewatan.

Tetapi kesatuan TSSA dan RMT berkata, mereka membatalkan boikot itu selepas menerima cadangan untuk menunda penutupan kesemua 260 pejabat kaunter tiket bagi rangkaian Underground, yang akan menyebabkan kehilangan 950 pekerjaan.

Setiausaha Agung RMT, Bob Crow berkata, tindakan itu disusuli dengan satu rundingan. mengenai

Crow berkata: "Selepas dua hari perbincangan intensif dan terperinci menerusi pejabat-pejabat ACAS, kita sekarang menerima cadangan untuk menghentikan pelaksanaan pemberhentian kerja di mana memberikan kita peluang untuk membincangkan mengenai semua isu.

Datuk Bandar London, Boris Johnson mengalu-alukan keputusan kesatuan itu dan berkata, beliau menantikan 'perbincangan penuh dan substantif' mengenai rancangan penutupan pejabat kaunter tiket. - AFP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan