Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Kebakaran Di Melbourne

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh kebakaran belukar di negeri Victoria sejak dua hari lepas, yang setakat ini memusnahkan 20 rumah.

Konsul Jeneral Malaysia di sini Datuk Dr Mohd Rameez Yahaya berkata pihak bomba sedang bertungkus-lumus memadam lebih 150 kebakaran yang berpunca daripada gelombang haba dan suhu panas yang mencecah hingga 40 Darjah Celsius di sesetengah bahagian negeri itu.

Mohd Rameez berkata beliau sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa kecemasan di sini bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami sentiasa memantau keadaan dan akan bertindak segera jika ada rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan. Tapi, saya yakin mereka tahu menjaga keselamatan masing-masing," katanya.

Menurut Mohd Rameez petugas di konsulat itu sentiasa berhubung dengan keluarga rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terjejas seperti Warrandyte, Mickleham, Gisborne, Craigieburn dan Donnybrook, yang kesemuanya berada dalam kawasan lingkungan 25-50km dari Melbourne CBD.

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya menghubungi konsulat itu sekiranya menghadapi kecemasan.

Notis tentang perkara itu disiarkan di laman Facebook konsulat berkenaan (https://m.facebook.com/CGMalaysiaMelbourne_user=628583091) sejak semalam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan