Pasangan Kanada Dibunuh, Rumah Dipecah Masuk Di Mexico

Diterbitkan: Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUADALAJARA (Mexico): Seorang pasangan warga emas Kanada ditikam sehingga mati apabila rumah mereka dipecah masuk oleh pencuri di negeri Jalisco, kata pegawai tempatan pada Ahad.

Ketua polis bandar Chapala, Ernesto Robles, mengenal pasti mangsa merupakan wanita berusia 72 tahun dan lelaki berumur 84 tahun, kedua-duanya dari wilayah Ontario di Kanada.

Nama kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak didedahkan.

Robles berkata, pasangan itu tiba di Ajijic, sebuah bandar yang popular di kalangan pelancong yang bersara, kira-kira enam bulan lalu.

"Tukang kebun tiba pada waktu pagi dan mendapati pintu rumah pasangan itu terbuka," kata Robles.

"Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia melihat dua mayat dengan kesan tikaman. Rumah itu dipecah masuk," katanya.

Robles berkata, kumpulan pencuri yang sering melakukan aktiviti jenayah di kawasan itu disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata, dua kenderaan yang dimiliki pasangan itu turut dicuri.

Menurut Robles, pihak berkuasa Imigresen dan pendakwa raya negeri itu turut menyiasat kes berkenaan. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan