Australia Cadang Bekal Dua Bot Ronda Terpakai Kepada Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Australia bercadang membekalkan dua bot ronda terpakai 'Bay Class' Kastam dan Perlindungan Sempadan kepada Malaysia menjelang pertengahan 2015, kata Menteri Perkhidmatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia Scott Morrison.

Beliau berkata bot itu akan digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) bagi membanteras aktiviti penyeludupan manusia di seluruh rantau ini memandangkan kedua-dua negara, Australia dan Malaysia telah bekerjasama rapat bagi memerangi aktiviti haram itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MMEA Rabu, Morrison berkata Australia akan memberi latihan bersama bot itu yang akan melibatkan pegawai-pegawai Perkhidmatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Australia.

Bot ronda 'Bay Class' mempunyai julat 1,000 batu nautika pada kelajuan 20 knot, dikendali oleh 12 pegawai dan dilengkapi dengan dua 'response tender' yang mampu dilancarkan dari bot ronda yang sedang bergerak di kebanyakan negara samudera. A wal pagi ini, Ketua Pengarah MMEA Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish menerima kunjungan Morrison di pejabatnya, di Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan