11 Maut Bila Bot Sarat Penumpang Terbakar

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Sebuah bot yang sarat dengan penumpang dan kanak-kanak terbakar mengorbankan 11 orang dan mencederakan ramai lagi.

Bot itu kemudiannya tenggelam.

Menurut laporan agensi berita AFP, bot tersebut membawa lebih 100 orang penumpang -kebanyakannya buruh kasar dan kanak-kanak ketika kejadian malang itu berlaku.

Ia sedang menyusuri Sungai Surma dari bandar Chhatak, pada waktu malam apabila lampu minyak kerosin terjatuh dan membakar bot itu dengan pantas.

Boleh dikatakan sebahagian besar daripada penumpang bot berkenaan adalah pekerja di tapak kuari berhampiran bandar tersebut.

Lebih kurang 60 orang berjaya diselamatkan apabila mereka terjun dan berenang ke tebing sungai.

Namun pasukan penyelamat khuatir lebih ramai lagi mangsa akan ditemui mati khususnya kanak-kanak.

Bangladesh sememangnya mempunyai rekod kemalangan bot dan sungai yang paling banyak dalam sejarah.

Pada Mac 2012, 147 terbunuh apabila sebuah feri yang sarat dengan penumpang tenggelam selepas bertembung dengan sebuah kapal kargo.

Feri dan bot adalah merupakan sistem pengangkutan awam yang popular di negara itu yang dipenuhi dengan tidak kurang dari 230 batang sungai dan kawasan paya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan