Untung Bersih Toyota Untuk Sembilan Bulan Cecah AS$15 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Toyota pada Selasa memaklumkan yang ia kini kearah memecah rekod keuntungan bersih tahunan ekoran kejayaan membuat untung bersih dalam tempoh sembilan bulan kepada AS$15 bilion.

Sebahagian besar daripada keuntungan itu disumbangkan oleh jualan globalnya.

Toyota yang masih memegang gelaran sebagai pembuat kenderaan nombor satu dunia dari segi jualan unit membuat untung bersih sebanyak AS$15 bilion sejak April lalu.

Pengarah Urusan Toyota, Takuo Sasaki berkata, usaha dan strategi pemasaran yang betul telah membolehkan mereka meningkatkan hasil jualan di samping langkah-langkah pengurangkan kos yang dilakukan dengan kerjasama semua pembekal.

Bulan lalu, Toyota sekali lagi memegang gelaran pengeluar kereta nombor satu dunia bagi tahun 2013 dengan jualan sebanyak 9.98 juta unit kenderaan menewaskan Volkswagen dari Jerman dan General Motors (GM) dari Amerika Syarikat.

Toyota menyasarkan untuk memecah rekod sebagai pengeluar kenderaan yang pertama berjaya mencapai jualan sebanyak 10 juta unit tahun ini.

Toyota mengambil alih kedudukan GM sebagai pengeluar kereta nombor satu dunia sejak tahun 2008 tetapi kehilangan status tersebut pada 2012 apabila Jepun dilanda gempa yang kuat dan malapetaka tsunami yang menjejaskan rangkaian bekalan bahan mentahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan