Lagi Terbunuh Serangan Di Baghdad

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Pada suatu era dahulu, bandar ini adalah ibu kota ilmu dunia sehingga sarjana-sarjana Barat sanggup mengembara beribu kilometer untuk datang menuntut ilmu di sini tetapi kini tidak lagi.

Baghdad kini tidak ubah bagaikan kota maut.

Manakan tidak, setiap hari bandar ini dihujani dengan pelbagai bentuk serangan dan pengeboman sama ada akibat persengketaan politik, etnik mahupun perbezaan fahaman mazhab.

Pada Isnin, pelbagai jenis serangan dan pengeboman di sekitar bandar ini telah mengorbankan 16 lagi nyawa.

Bulan Januari sahaja, angka kematian akibat persengketaan politik dan mazhab telah meragut nyawa lebih 1,000 orang.

Ini adalah statistik kematian akibat keganasan yang terburuk dalam tempoh enam tahun.

Pelbagai negara kini sedang menekan kerajaan Iraq pimpinan Syiah agar melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan politik dan pertikaian mazhab.

Di bandar Baghdad sahaja empat buah kereta telah diletupkan mengorbankan 12 orang termasuk tiga lelaki dan seorang wanita yang ditemui mati ditembak di kepala dan juga terdapat kesan-kesan yang mereka terlebih dahulu diseksa sebelum dibunuh.

Manakala tujuh lagi mangsa mati dalam dua kejadian letupan kereta - satu daripadanya dilakukan oleh pembunuh berani mati.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan