Pelajar Bunuh Polis & Seorang Guru Selepas Tahan 20 Rakan Yang Lain

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Seorang pelajar di sebuah sekolah di sini telah menembak mati seorang pegawai polis dan guru selepas dia menahan 20 orang pelajar yang lain dalam satu tragedi yang mengemparkan ibu negara Rusia itu pada Isnin.

Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Sochi, Selatan Rusia Jumaat ini.

Menurut laporan awal, pelajar berkenaan telah memaksa pengawal keselamatan sekolah itu membawanya ke salah sebuah kelas biologi dan kemudian mengunci dirinya bersama-sama 20 orang lagi pelajar dan seorang guru biologi dari dalam.

Selepas menahan mereka selama lebih kurang 30 minit, dia mula mensasarkan tembakan ke arah pihak polis yang mengepung bangunan sekolah.

Menurut agensi berita AFP, pelajar yang mengamuk itu tidak membuat sebarang tuntutan atau cuba berunding dengan pihak berkuasa.

"Dalam kejadian itu, pelajar tersebut telah menembak mati seorang anggota polis dan mencederakan yang lain," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Andrei Pilipchuk sebagaimana yang dipetik oleh stesen televisyen milik negara Vesti-24.

Dia juga disahkan telah menembak mati seorang guru.

Selepas dia melepaskan tembakan, pihak polis berjaya memecah masuk ke bilik darjah itu dan menahannya.

Tiada seorang pun pelajar yang ditahannya terbunuh atau tercedera dalam kejadian itu.

Polis juga mengesahkan bahawa pelajar yang mengamuk itu adalah seorang murid di sekolah yang sama tetapi mereka masih menyiasat punca tindakannya itu dan mengapakah dia mensasarkan sekolahnya.

Pihak media kemudian melaporkan yang Menteri Dalam Negeri, Vladimir Kolokoltsev turut berada di sekolah berkenaan selepas pelajar tersebut berjaya ditahan polis.

Rusia telah menempatkan 37,000 kakitangan keselamatan di Sochi iaitu tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Sochi terletak berhampiran wilayah bergolak di Selatan Caucasus yang menjadi kubu kuat pemberontak Islam yang mahukan sebuah wilayah yang merdeka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan