Wanita Hamil Mati Ditembak Di Brazil

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Sekumpulan lelaki bersenjata, pada Sabtu, menembak mati empat orang di tenggara Brazil, termasuk seorang wanita yang sedang mengandung empat bulan, kata polis tentera.

Tembakan berlaku pada awal pagi di resort pantai Guaruja, Sao Paulo.

Selain wanita hamil, dua lelaki dan seorang wanita lain juga telah menjadi mangsa tembakan.

Polis mengaitkan kematian dengan jenayah dadah dan berkata kumpulan lelaki bersenjata terbabit melepaskan sekurang-kurangnya 19 tembakan sebelum melarikan diri dengan kereta dan motosikal. -AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan