Pertempuran Antara Kumpulan Pro Dan Anti Kerajaan Menjelang PRU Thai

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Enam orang dilaporkan cedera berikutan pertempuran dekat pejabat daerah Lak Si antara kumpulan anti-kerajaan yang menentang pilihan raya umum esok dengan kumpulan pro-kerajaan yang mahukan ia diteruskan.

Pertempuran itu berlaku kerana pemprotes anti-kerajaan menyekat pintu masuk ke sebuah bangunan yang menyimpan peti dan kertas undi untuk pilihan raya itu.

Seorang daripada yang cedera ialah pemberita akhbar tempatan dalam insiden sekitar 4 petang dan antara sebab utama ialah mercun besar yang dilemparkan ke arah kumpulan anti-kerajaan.

Ada pihak melaporkan mereka mendengar beberapa tembakan, mengkibatkan anggota polis dan tentera dikejarkan ke kawasan berkenaan.

Keadaan mulai tenang pada lewat petang.

Berikutan pertempuran itu, Keretapi Negara Thai menghentikan sementara perkhidmatan antara stesen Laksi dan Don Muang demi keselamatan penumpang.

Perkhidmatan berjalan semula pada lewat petang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan