Jurugambar AS Terkena Tembakan Dalam Protes Di Thailand

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Jurugambar Amerika Syarikat (AS) James Nachtwey dikatakan telah ditembak di kaki, tetapi tidak mengalami kecederaan serius dalam pertempuran pra- pilihan raya di Bangkok, Sabtu, kata bekas majikan lama beliau dari majalah Time.

"Peluru terkena beliau tetapi tidak terkena tulang," kata pengarah fotografi penerbitan itu, Kira Pollack.

"Menakjubkan, beliau segera keluar dan mula bekerja lagi," kata Kira yang berhubung dengan James melalui SMS yang diceritakan dalam laman web Time.

"Itulah dirinya sebenar."

Ketegangan semakin memuncak di ibu negara Thailand menjelang pilihan raya kontroversi pada Ahad, dengan letupan dan pertempuran meletus di antara penunjuk perasaan pro dan anti- kerajaan di bandar ini.

James yang telah memenangi pelbagai anugerah di atas laporan dari zon konflik di seluruh dunia telah menjadi jurugambar kontrak dengan Majalah Time sejak tahun 1984.

Walau bagaimanapun, beliau tidak bertugas untuk Time apabila ditembak, menurut penerbitan itu.

Gambar yang di 'tweet' oleh Thapanee Ietsrichai, yang profilnya menunjukkan dirinya adalah seorang wartawan untuk Channel 3 Thailand, menunjukkan James sedang berdiri dan satu kakinya berbalut.

Sebuah jurnal blog memetik James sebagai berkata adalah tidak jelas siapa yang menembaknya dan dia kemudian pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

"Saya menganggap diri saya sangat bernasib baik," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan