Wartawan New York Times Terpaksa Meninggalkan China Selepas Dinafikan Visa

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang wartawan New York Times telah meninggalkan Beijing pada Khamis selepas pihak berkuasa tidak memberi kelulusan visa.

Austin Ramzy, yang telah berpangkalan di China selama lebih enam tahun terbang ke Taipei, di mana beliau ditempatkan.

"China memaksa Austin Ramzy keluar hari ini selepas 6.5 tahun," wartawan Times China Ed Wong menulis di Twitter.

"Sedih untuk meninggalkan Beijing," Ramzy menulis tweet.

"Harap saya boleh kembali tidak lama lagi."

Perkara ini berlaku sebulan selepas Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membangkitkan isu layanan China terhadap wartawan asing secara peribadi dengan pemimpin China semasa lawatan ke Beijing.

Beijing telah menyekat kedua-dua laman web Times dan Bloomberg News selepas mereka menerbitkan siasatan pada tahun 2012 berhubung kekayaan keluarga bekas Perdana Menteri Wen Jiabao dan Presiden Xi Jinping.

Pihak berkuasa pada minggu ini berkata visa Ramzy, wartawan akhbar yang dipohon pada Jun selepas beliau menyertai majalah Times tidak akan siap sebelum akhir bulan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan