Rebut Peluang Permintaan Tinggi Panel Solar Di India

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGALORE: Firma-firma Malaysia yang mengeluarkan panel solar seharusnya merebut peluang permintaan tinggi di India, terutama di negeri Karnataka, kata Presiden Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Karnataka, R. Shivakumar.

Permintaan yang tinggi itu disebabkan kerajaan negeri di barat daya India ini sedang mempromosi penggunaan solar sebagai sebahagian daripada dasar tenaga boleh baharu, katanya.

Panel solar yang meliputi set modul fotovoltan solar yang mempunyai sambungan elektrik dan dipasang pada kerangka. Ia boleh digunakan sebagai sebahagian sistem fotovoltan untuk menjana dan membekalkan elektrik bagi pelbagai peralatan komersil dan kediaman.

"Panel solar diperbuat di Malaysia diperlukan oleh Karnataka kerana kerajaan negeri itu merancang menjana 2,240 megawatt tenaga solar dalam beberapa fasa," katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan antara anggota dewan itu dengan rombongan 30 wakil Syarikat Sederhana dan Kecil (SME) Malaysia di sini.

Karnataka juga sedang mengenal pasti tenaga boleh baharu yang lain seperti angin, hidro mini, biojisim dan alat dwipenjana, kata beliau.

Sesi jaringan itu adalah sebahagian daripada jadual pertemuan untuk rombongan perdagangan yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Bangalore, ibu negeri dan bandar terbesar di Karnataka, dan Chennai di Tamil Nadu.

"Jadi peluang sedia terbuka kepada syarikat Malaysia yang mengeluarkan panel solar untuk menembusi pasaran kami. Mereka boleh mengeksport atau boleh menubuhkan sebuah kilang pengeluar di sini," kata Shivakumar. Beliau berkata dewan itu boleh membantu syarikat Malaysia yang berminat berurusan dengan rakan kongsi bagi memperoleh tapak dan prasarana yang diperlukan.

"Dewan ini ialah pertubuhan induk yang dianggotai kira-kira 3,000 ahli tetap dan lebih 250,000 ahli tidak langsung di seluruh negeri, dan kami boleh membantu syarikat Malaysia yang berminat," katanya.

"Bangalore dekat dengan Malaysia dan oleh itu pengusaha Malaysia sepatutnya sering datang ke sini untuk melihat peluang yang wujud," beliau menambah.

Di samping peralatan tenaga boleh baharu, sektor kenderaan, pendidikan dan prasarana turut menawarkan peluang pelaburan kepada syarikat Malaysia, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan