Empat Maut, Empat Cedera Dalam Serangan Di Selatan Thai

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ketika ibu kota Thailand dihangatkan dengan penunjuk perasaan yang membantah pilihan raya umum pada Ahad ini, wilayah selatan pula digegarkan dengan bom dan tembakan yang dikaitkan dengan puak pemisah.

Dua anggota tentera terbunuh dan tiga lagi cedera dalam tiga serangan bom di Yala manakala dua penoreh getah mati dan seorang cedera ditembak di Narathiwat.

Dalam kejadian 10.32 pagi Rabu, bom buatan sendiri seberat 20 kg yang diletakkan pada sebuah motosikal di tepi jalan Pechakasem (Paklo-Lamai) meletup dan menyebabkan dua anggota tentera parah.

Namun, seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital kemudian, kata Ketua polis Mukim Lamai, Kolonel Polis Thanasit Mattayat.

Beliau berkata bom itu disasarkan kepada pasukan tentera, yang menaiki tiga buah motosikal dan sebuah kereta, yang pulang selepas menjalankan tugas di sebuah sekolah.

Sebelum itu, dua serangan bom berlaku di sebuah sekolah di Daerah Yala yang disasarkan kepada pasukan renjer yang mengawal keselamatan guru di hadapan pintu masuk Sekolah Wang Samran, di Mukim La-ea.

Bom pertama meletup pada 7.40 pagi diikuti bom kedua lima minit kemudian dengan jarak 50 meter.

Kejadian itu menyebabkan tiga anggota renjer cedera dan seorang daripadanya parah. Di Narathiwat, dua orang awam terbunuh dan seorang lagi cedera selepas ditembak ketika menorah getah pada 2.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Rusak Kolenel Polis Anothai Jindamani berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Sahak, 29, dan Matsoleh Deyoh, 26 manakala yang cedera ialah Ayub Sahak, 28, iaitu adik Muhammad. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan